adverlets

Tuesday, December 13, 2011

icon dekstop hilang

Your dekstop icon is missing in windows xp?

Seringkali terjadi perkara macam ini di sini... Selalunya yang pakar buat macam nie yelah kanak-kanak yang suka bermain pc..Tak taulah kanak-kanak yang mana..Nasib baik ada pakcik google yang sudi membantu menyelesaikan masalah nie..
Selalunya komputer atau laptop yang kita gunakan ade icon-icon yang kita letakkan di dekstop untuk memudahkan pencarian fail..Untuk menyelesaikan masalah nie mudah jer kalau tahu bila tak tahu tu jadi susah..
Tapi cara nie bagi mereka yang guna windows xp :-

1. Klik kanan dekstop
2. Pergi ke arrange icon by
3. Then clik show dekstop icon

Wednesday, November 30, 2011

rancangan kertas kerja perniagaan 4

Okey..ini sambungan rancangan kertas kerja .

7. ORGANISASI PENGURUSAN

1. Siapa Yang menguruskan perniagaan tersebut.
2. Berapa orang dan jelaskan setiap tanggungjawab.
contohnya dalam sesebuah perniagaan pasti ada pengurus, penolong pengurus
dan pekerja.
3. Berapa ganjaran yang akan diberi .(gaji/kwsp/komisen)
4. Paling cantik sediakan carta organisasi.. tak susah pun..


Monday, February 21, 2011

Sunday, September 12, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (3)

5 MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN

5.1 LOKASI PROJEK

  • Keterangan kedudukan tapak (pelan menunjukkan lokasi projek)
  • Jenis geran (title/nombor lot/daerah)
  • Luas kawasan / tapak
  • Tuan punya tapak (kalau kepunyaan orang lain , sertakan salinan fotostat, surat perjanjian sewa/persetujuan
  • nama
  • alamat
  • no ic
5.2 BANGUNAN

  • Bentuk /jenis bangunan/bengkel
  • luas lantai
  • struktur
  • anggaran kos / sewa , sertakan surat perjanjian sewa, kalau dibuat baru, sertakan pelan cadangan bangunan)
  • Anggaran ubahsuai (sekiranya perlu pengubahsuaian)
  • Kelulusan pihak berkenaan (jika bengkel)
  • Kemudahan asas
Nyatakan kemudahan asas yang ada (contoh , telefon, elektrik, air, jalanraya dan lain-lain) Jika tiada , huraikan langkah yang akan diambil.

6 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISA PEMASARAN

  • Kawasan Pasaran
Tentukan batas-batas pasaran atau kawasan dagangan

Pemilihan Lokasi

  • Penglibatan
  • Kemudahan
  • Lalulintas
Sasaran Pelanggan

Kaji penduduk kawasan berkenaan bagi menentukan ciri-ciri potensi pelanggan.

Pelanggan-Siapakah pelanggan pasaran

Contoh :
Stesen minyak - orang yang mempunyai kenderaan yang menggunakan jalan raya di situ. Kedai kasut - semua orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di sekitar kawasan perniagaan. Pemborong hasil pertanian-peniaga runcit hasil pertanian, kedai makan dan hotel.

Berapa ramai pelanggannya - meramalkan jumlah pembelian sekitar kawasan perniagaannnya.
Contoh - Bilangan keluarga dan bilangan ahli tiap-tiap keluarga. Stesen minyak - bilangan kereta bagi tiap-tiap keluarga yang berkereta.

Pendapatan Pelanggan dan Jumlah Perbelanjaan

Pendapatan pelanggan dan juga jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli barang yang ditawarkan.

Contoh :-
Stesen minyak -jumlah pendapatan keluarga yang berkereta, berapa banyak minyak yang digunakan bagi tiap-tiap buah kereta dalam sehari, sebulan

Persaingan
faktor-faktor yang dikaji

  • Siapakah pesaing-pesaing tersebut
  • Nyatakan keadaan mereka
  • apakah kelebihan dan kelemahan mereka

Saturday, September 11, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (2)

(1) PENGENALAN

MAKLUMAT ASAS PERNIAGAAN

  • Nama syarikat
  • Lokasi bangunan
  • Jenis perniagaan
  • Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan
  • Jenis dan keadaan industri/perkembangan dan potensi di masa hadapan

(2) TUJUAN

APAKAH TUJUAN SEBENAR KERTAS KERJA DISEDIAKAN

  • Cadangan untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan
  • Mendapatkan lesen , tanah , bantuan mesin dan lain-lain
  • Membesar/memodenkan projek yang sedia ada.
  • Panduan bagi perancangan projek
(3) LATAR BELAKANG SYARIKAT

  • Mengenal pasti secara jelas perniagaan yang dijalankan.
  • Dapat menentukan kredibiliti dan keupayaan perniagaan.
Maklumat-maklumat penting

  • nama perniagaan
  • alamat perniagaan
  • alamat surat menyurat (jika berlainan)
  • nombor telefon
  • bentuk perniagaan
  • kegiatan utama
  • tarikh mula/hendak memulakan perniagaan.
  • tarikh pendaftaran
  • nombor pendaftaran/lesen
  • modal dibenarkan/terkumpul
  • nama bank/nombor akaun

4 LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI/PEMEGANG SAHAM

  • Membolehkan pihak berkenaan menilai usahawan, rakan kongsi dan pemilik saham dari segi kebolehan mengurus perniagaan dan kredibiliti mereka
5 MAKLUMAT-MAKLUMAT TENTANG PEMILIK, AHLI KONGSI/PEMEGANG SAHAM

  • Nama penuh
  • nombor kad pengenalan
  • alamat tetap/surat menyurat
  • nombor telefon
  • tarikh / tempat lahir
  • umur
  • jantina
  • taraf perkahwinan
  • kelayakan akademik

6 RINGKASAN LATAR BELAKANG PENGALAMAN/ KEMAHIRAN

  • Kursus yang pernah dihadiri
  • kemahiran
  • pengalaman
  • pekerjaan sekarang
  • perniagaan lain yang pernah diceburi
  • bilangan saham/sumbangan modal