adverlets

Sunday, September 12, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (3)

5 MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN

5.1 LOKASI PROJEK

  • Keterangan kedudukan tapak (pelan menunjukkan lokasi projek)
  • Jenis geran (title/nombor lot/daerah)
  • Luas kawasan / tapak
  • Tuan punya tapak (kalau kepunyaan orang lain , sertakan salinan fotostat, surat perjanjian sewa/persetujuan
  • nama
  • alamat
  • no ic
5.2 BANGUNAN

  • Bentuk /jenis bangunan/bengkel
  • luas lantai
  • struktur
  • anggaran kos / sewa , sertakan surat perjanjian sewa, kalau dibuat baru, sertakan pelan cadangan bangunan)
  • Anggaran ubahsuai (sekiranya perlu pengubahsuaian)
  • Kelulusan pihak berkenaan (jika bengkel)
  • Kemudahan asas
Nyatakan kemudahan asas yang ada (contoh , telefon, elektrik, air, jalanraya dan lain-lain) Jika tiada , huraikan langkah yang akan diambil.

6 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISA PEMASARAN

  • Kawasan Pasaran
Tentukan batas-batas pasaran atau kawasan dagangan

Pemilihan Lokasi

  • Penglibatan
  • Kemudahan
  • Lalulintas
Sasaran Pelanggan

Kaji penduduk kawasan berkenaan bagi menentukan ciri-ciri potensi pelanggan.

Pelanggan-Siapakah pelanggan pasaran

Contoh :
Stesen minyak - orang yang mempunyai kenderaan yang menggunakan jalan raya di situ. Kedai kasut - semua orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di sekitar kawasan perniagaan. Pemborong hasil pertanian-peniaga runcit hasil pertanian, kedai makan dan hotel.

Berapa ramai pelanggannya - meramalkan jumlah pembelian sekitar kawasan perniagaannnya.
Contoh - Bilangan keluarga dan bilangan ahli tiap-tiap keluarga. Stesen minyak - bilangan kereta bagi tiap-tiap keluarga yang berkereta.

Pendapatan Pelanggan dan Jumlah Perbelanjaan

Pendapatan pelanggan dan juga jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli barang yang ditawarkan.

Contoh :-
Stesen minyak -jumlah pendapatan keluarga yang berkereta, berapa banyak minyak yang digunakan bagi tiap-tiap buah kereta dalam sehari, sebulan

Persaingan
faktor-faktor yang dikaji

  • Siapakah pesaing-pesaing tersebut
  • Nyatakan keadaan mereka
  • apakah kelebihan dan kelemahan mereka

Saturday, September 11, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (2)

(1) PENGENALAN

MAKLUMAT ASAS PERNIAGAAN

  • Nama syarikat
  • Lokasi bangunan
  • Jenis perniagaan
  • Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan
  • Jenis dan keadaan industri/perkembangan dan potensi di masa hadapan

(2) TUJUAN

APAKAH TUJUAN SEBENAR KERTAS KERJA DISEDIAKAN

  • Cadangan untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan
  • Mendapatkan lesen , tanah , bantuan mesin dan lain-lain
  • Membesar/memodenkan projek yang sedia ada.
  • Panduan bagi perancangan projek
(3) LATAR BELAKANG SYARIKAT

  • Mengenal pasti secara jelas perniagaan yang dijalankan.
  • Dapat menentukan kredibiliti dan keupayaan perniagaan.
Maklumat-maklumat penting

  • nama perniagaan
  • alamat perniagaan
  • alamat surat menyurat (jika berlainan)
  • nombor telefon
  • bentuk perniagaan
  • kegiatan utama
  • tarikh mula/hendak memulakan perniagaan.
  • tarikh pendaftaran
  • nombor pendaftaran/lesen
  • modal dibenarkan/terkumpul
  • nama bank/nombor akaun

4 LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI/PEMEGANG SAHAM

  • Membolehkan pihak berkenaan menilai usahawan, rakan kongsi dan pemilik saham dari segi kebolehan mengurus perniagaan dan kredibiliti mereka
5 MAKLUMAT-MAKLUMAT TENTANG PEMILIK, AHLI KONGSI/PEMEGANG SAHAM

  • Nama penuh
  • nombor kad pengenalan
  • alamat tetap/surat menyurat
  • nombor telefon
  • tarikh / tempat lahir
  • umur
  • jantina
  • taraf perkahwinan
  • kelayakan akademik

6 RINGKASAN LATAR BELAKANG PENGALAMAN/ KEMAHIRAN

  • Kursus yang pernah dihadiri
  • kemahiran
  • pengalaman
  • pekerjaan sekarang
  • perniagaan lain yang pernah diceburi
  • bilangan saham/sumbangan modal

Saturday, August 28, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (1)

Baru-baru ini saya telah didatangi oleh seorang pelanggan yang meminta saya mengubahsuakertas kerjanya semula kerana dikatakan tidak lengkap dan bahagian kewangan yang tidak difahami oleh pegawai yang memeriksa kertas kerja beliau. memang benar, setelah saya teliti kertas kerja beliau mempunyai beberapa kesilapan antaranya :-
1. bahagian kewangan yang tidak lengkap dan tidak diketahui berapa pinjaman yang ingin dibuat.
2. terdapat banyak kesalahan ejaan.
3. Penerangan yang kurang jelas.
Anda seharusnya memilih konsultan yang benar-benar mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menyiapkan kertas kerja anda. Atau untuk kepuasan sendiri anda boleh membuat kertas kerja sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan orang lain.

Anda juga seharusnya berhati-hati, ada antara konsultan ini sebenarnya hanya mengupah orang lain , dan memungut duit yang banyak dari anda. Mereka akan katakan 'shure bank luluskan', tapi kena bayar sikit upah. cthnye 5% dari pinjaman.
ok..di sini saya ingin berkongsi tentang fomat kertas kerja.

APAKAH BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM FORMAT KERTAS KERJA?

  • surat (cover letter)
  • muka surat tajuk
  • muka surat isi kandungan
  • badan utama
  • muka senarai lampiran
  • rujukan/lampiran
MENGAPA KERTAS KERJA DIPERLUKAN?

  • memaksa usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal
  • menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan sendiri.
  • mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dijalankan berdaya maju atau tidak
  • menyakini pihak -pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
BAGAIMANA KERTAS KERJA DINILAIKAN?

  • Mempastikan bentuk dan ciri-ciri syarikat dan industri yang terlibat.
  • mempastikan bentuk tawaran yang disyorkan.
  • mengkaji kunci kira-kira/penyata kewangan.
  • menentukan kebolehan kakitangan yang memegang teraju syarikat.
PANDUAN PENYEDIAN KERTAS KERJA

  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN
  3. LATAR BELAKANG SYARIKAT
  4. LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI
  5. MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN
  6. RANCANGAN PEMASARAN
  7. RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI
  8. RANCANGAN ORGANISASI
  9. RANCANGAN KEWANGAN DAN AKAUN
  10. JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
  11. RUMUSAN
  12. LAMPIRAN/DOKUMEN SOKONGAN.
ok..setakat ini sahaja..saya akan cuba huraikan sedikit demi sedikit tentang tajuk di atas..semoga ilmu yang sedikit ini akan memberi manfaat kepada anda dan saya. amin


Monday, May 17, 2010

PINJAMAN FELDA (SIUF)

FELDA menyediakan pinjaman perniagaan bagi peneroka/penerokawati dan anak -anak .
Pinjaman yang diberikan ini dinamakan pinjaman SIUF. maksimum pinjaman SIUF adalah sebanyak rm10,000 sahaja. Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan atau yang telah pun berniaga boleh memohon pinjaman ini. Perniagaan yang berkelayakan untuk mendapatkan pinjaman ini adalah berbentuk perkhidmatan, pertanian, perladangan, runcit dan pertanian.Pihak FELDA telah menyediakan format kertas kerja yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang sukar untuk menghasilkan kertas kerja pinjaman anda boleh mengupah individu atau syarikat yang boleh menyediakan kertas kerja perniagaan. ITZ enterprise juga mengambil upah untuk menyediakan kertas kerja ini. Semenjak tahun 2004 , dianggarkan 30 orang individu yang telah berjaya lulus pinjaman FELDA siuf dengan menggunakan perkhidmatan upah membuat kertas kerja ini oleh pengurus sendiri iaitu saya.

Maklumat yang dikehendaki adalah :-

1. jenis perniagaan
2. ic fotostat
3. gambar premis /perniagaan
4. akaun syarikat (jika ada)

Syarat untuk mendapatkan pinjaman SIUF ini adalah longgar sedikit..tetapi peminjam haruslah memberikan keyakinan kepada pihak FELDA mengapa FELDA perlu meluluskan pinjaman dengan memberikan bukti -bukti kukuh.

Apa yang istimewanya pinjaman SIUF ini adalah pihak FELDA telah pun menetapkan peminjam hanya perlu membayar RM6000 sahaja dan selebihnya tidak perlu. dengan syarat peminjam perlu membayar dengan konsisten , tidak tertunggak dan juga memastikan perniagaan berkembang maju. Baiknya FELDA kan..Tahniah kepada warga FELDA..

Oleh itu, kepada mereka yang telah pun berniaga atau merancang untuk memulakan perniagaan boleh cuba memohon pinjaman ini.

Saturday, May 15, 2010

sajak

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..

Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…

Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu…

Allah sentiasa berada di sampingmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…

sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…

Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…

Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…

Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…

Sunday, May 9, 2010

toshiba satellite l310

dah agak lama sebenarnya tak update blog ni..maklumla busy memanjang..tapi jeles plak tengok blog kengkawan yang sentiasa update.. so pada hari ini aku menerima sebuah laptop jenis toshiba satelllite l310 untuk di format..hmm..masalah baru datang..banyak kali aku masukkan cd asyik screen biru yang keluar..setelah difikir-fikirkan takkanlah semua cd bermasalah..aku pun cubalah contact otai repair (tok guru)...fuh ..mmg tak sia-sia..rupanya di bahagian bios kena buat pertukaran sedikit..
iaitu di bahagian advance - sata controller mode ditukarkan kepada compatibility..
lepas dah save tukar ...barula berjalan dengan lancar...
dah siap sume , driver plak perlu dicari..sume driver senang di cari kecuali driver vga sahaja bermasalah..so tak semestinya kena cari pada model yang sama , tetapi model yang seakan sama pon boleh digunakan..

untuk mendapatkan driver bagi model toshiba ini , boleh melawat laman web
http://www.csd.toshiba.com/cgi-bin/tais/support/jsp/home.jsp

Saturday, March 6, 2010

NO FOLDER OPTION masalah virus dan cara mengatasi 3 (xp)




Untuk kembalikan folder options adalah setelah anda menjalankan scan dengan hijackthis, seperti tutorial sebelum ini. Pastikan disable regedit dapat diklik di hijack this setelah itu barulah boleh menjalankan langkah-langkah di bawah:-


  1. start
  2. run
  3. type - regedit
  4. klik hkey current user
  5. software
  6. microsoft
  7. windows
  8. current version
  9. policies
  10. explorer
  11. in the folder option clik modify tukarkan no 1 ke no 0
  12. restart

Tuesday, March 2, 2010

PAKEJ STREAMYX TERBARU : BLOCKBUSTER DEALS

Ha..baru jer beberapa hari yang lepas, cerita mengenai pakej streamyc
La ni dah datang pakej yang baru..Nasib baiklah customer yang tadi tu application tentang combo rm68.00 masih diterima..Tapi pakej yang baru ni emmm..lagi best..cuma dari segi bayaran yang minimum rm90.00..tapikan banyak keistimewaannya..Lihat bawah :-


 

BB DEALS

512 KBPS

RM90.00 SEBULAN

  • PERCUMA modem WIFI
  • PERCUMA dect phone
  • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
  • KADAR RATA 15sen/min ke semua talian mudah alih dan talian tetap seluruh Malaysia


 


 

BB DEALS

1mbps

RM110.00 SEBULAN

  • PERCUMA modem WIFI
  • PERCUMA dect phone
  • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
  • KADAR RATA 10sen/min ke semua talian mudah alih dan talian tetap seluruh Malaysia


 

BB DEALS

2mbps

RM140.00 SEBULAN

  • PERCUMA modem WIFI
  • PERCUMA dect phone
  • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
  • KADAR RATA 10sen/min ke semua talian mudah alih dan talian tetap seluruh Malaysia


 


 

BB DEALS

4mbps

RM160.00 SEBULAN

  • PERCUMA modem WIFI
  • PERCUMA dect phone
  • PERCUMA panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
  • KADAR RATA 10sen/min ke semua talian mudah alih dan talian tetap seluruh Malaysia


 


 


 


 


 


 


 


 

Saturday, February 27, 2010

nak cerita psl streamyx

Sebelum kedatangan streamyx, masa on kedai dlu, aku hanya gunakan dial up...aduhh..agak parah menunggu loading..masa tu tahun 2003, rsnye hampir setahun .mungkin streamyx dah sampai awal skit di jelai..tp aku sendiri yg dpt lambat info..maka gunalah dial up yg memang jauh sgt berbeza dari streamyx. Dial up dah ler kena bayar mengikut penggunaan..emm.mmg byk angka..
Tpi dengan adanye streamyx ni , alhamdulillah..gunalah berapa lama pon , 24 jam ker..sama jer kena bayar...mengikut pakej yg ditawarkan..dan yg paling penting kelajuan pon blh tahan..Kat sni aku amik pakej combo 2mbps..best..kalo agak lembab tu mungkin penggunaan kite dah lama sgt..so turn off modem, pc..restart..ok dah..

TENTANG STREAMYX

Streamyx adalah jenama bagi perkhidmatan Internet jalur lebar yang disediakan oleh TM melalui anak syarikatnya TM Net Sdn Bhd. Ia diperkenalkan kepada pengguna pada tahun 2002 bermula di Lembah Klang, seterusnya meluas kepada negeri lain di Malaysia. Kini, Streamyx merupakan jaringan jalur lebar paling popular di Malaysia.

Streaymx menggunakan teknologi ADSL dan juga SDSL. Perkhidmatan yang ditawarkan pada masa itu bermula dari kelajuan 384k/128k (downstream 384k/ upstream 128k). Kelajuan yang ditawarkan Streamyx kini ialah: 384 kbit/s, 512 kbit/s, 1 Mbit/s, 1.5 Mbit/s, 2 Mbit/s, 4 Mbit/s.


PAKEJ YANG DITAWARKAN

COMBO 1 - 384KPS -RM60.00 SEBULAN

COMBO 2 - 512KBPS RM90.00 SEBULAN

COMBO 3 - 1MBPS RM110.00 SEBULAN

COMBO 4 - 2MBPS RM140.00 SEBULAN

COMBO 5- 4MBPS RM160.00 SEBULAN

So.kalau nak daftar, boleh datang ke kedai atau hubungi saya..ok..

Thursday, February 25, 2010

BAHAYA BERMAIN KOMPUTER

Ha,,,jangan ingat jika bermain komputer terlalu lama tak dapat penyakit..Hati-Hati. Kerana anda boleh terdedah kepada penyakit Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.

Gejala :

  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang
Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.




Jom buat senaman tangan ini...

Wednesday, February 24, 2010

masalah virus & cara mengatasi 2 (xp)

OK.. Setelah anda memastikan antivirus telah dipasang , pastikan juga anda update antivirus tersebut dan scan segera..Setelah mendelete atau repair fail, sila restart pc anda.
Cara yang kedua adalah menggunakan

TREND MICRO HIJACK THIS

ia boleh didownload secara percuma..dan setelah itu tick program yang dirasakan tidak perlu..Jika perlu direstart, sila restart pc anda.

Cara yang ketiga adalah memastikan adanya FOLDER OPTION di my computer. Jika adanya FOLDER OPtion ini maka anda telah selamat dari serangan virus.

itu aku akan terangkan di tutorial akan datang..hehehe

Tuesday, February 23, 2010

masalah virus & cara mengatasi 1 (xp)

Sebagai sebuah perniagaan yang menjalankan cyber cafe. Masalah virus pasti akan berlaku. Aku ingin berkongsi serba sedikit mengikut pengalaman yang aku alami selama ini.
Punca -punca virus adalah seperti berikut :-

  1. Pendrive/memory card tidak di scan dengan antivirus terlebih dahulu. Tak kiralah pelanggan atau pekerja itz sendiri yang nak cepat , maka hanya dicucuk sahaja ke usb.
  2. Mendowload sebarang atau surf laman web @ penyambungan melalui internet.
  3. membiarkan antivirus tidak diupdate atau scan terlebih dahulu pada pagi-pagi hari.(tugasan kepada pekerja shif pagi)
  4. Antivirus dah tamat tempoh.

Apa itu virus ?
Mengikut kajian aku di internet :-

  • Virus komputer merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan fail-fail komputer yang dijangkitinya.Bertukar dan membiak dengan sendiri adalah satu "kemahirannya"yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah ,virus komputer memiliki keupayaan parasit, di mana ia boleh bercantum dengan sektor boot atau fail di dalam komputer anda lalu bertindak untuk merosakkan serta menghancurkan sistem fail tersebut .
  • Berbeza dengan virus biologi,virus komputer boleh dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti C, C++ selain bahasa himpunan (assembly language).Pereka virus akan membiana set-set aturcara tertentu dan akan memastikan ia berfungsi untuk merosakkan kandungan fail-fail perisian secara meluas atau berdikit-dikit.Satu lagi alternatif ialah penggunaan perisian yang berupaya menghasilkan virus secara automatik berdasarkan ciri-ciri tetentu misalnya dengan menggunakan Enjin Virus SMEG (Virus Engine).Virus yang tersenarai di sini pernahn mencipta nama di persada antarabangsa pada suatu ketika .
  • Antaranya ialah: Michelangelo ,Stoned ,Junkie, Stealth Boot, Die Hard,Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter,YankeeDoodle,Anthrax, Peacekeeper, Diablo, CIH, WinExplore, Melissa, NetBus, Happy99

JENIS VIRUS

Virus Komputer boleh dikategorikan mengikut cara jangkitan dan cara ia merosakkan sistem fail sesebuah komputer.Oleh kerana virus komputer mejangkiti komputer dengan pelbagai cara ,maka virus komputer telah dibahagikan mengikut jenis dan cara ia mejangkiti komputer seperti mana senarai berikut:

1. Virus Sektor Boot - Mengjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama dan rekod boot DOS di dalam cakera keras .Kesannya : komputer tidak boleh melakukan proses boot .Contoh : Form dan Stoned

2. Virus Fail TSR (Terminated Stay Resident) - Mendiami memori dan mejangkiti fail .COM dan .EXE apabila ia dicpai .Contoh :Dark Avenger dan Green Caterpillar.

3. Virus Fail Bukan TSR - Menjangkiti fail .COM,.EXE dan tidak mendiami memori .Contoh : Vienna .

4. Virus Multipartit - Menjangkiti pelbagai objek ,fail .EXE ,rekod boot utama ,menjadi TSR ,dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain .Contoh : Tequile dan Anticad.

5. Virus Pelbagai Jangkit - Menjangkiti fail .OBJ (fail untuk mencipta aturcara) dan seterusnya menukarkan fail tersebut kepada bentuk yang lain seperti .DBR .Contoh : Starship dan DIR II.

6. Virus Pasangan - menjangkiti fail .COM dan menghasilkan sebuah fail .EXE yang sama namanya.

7. Virus Penukar - Menukarkan sebahagian fail yang dijangkiti dengan virus hingga menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi.

8. Virus Makro - Menjangkiti fail temlate iaitu .dot yang sering digunakan untuk mencipta fail dokumen tau hamparan elektronik .Apabila fail template itu dijangkiti ,ia akan menjangkiti fail dokumen dan hamparan eletronik yang lain

.9. Virus Menurut Acara - Merebak pada masa dan tarikh-tarikh tertentu .Virus jenis ini biasanya tidak dapat dikesan pada tarikh-tarikh yang lain kerana ianya tidak aktif pada tarikh tersebut.

Jangkitan Virus

Seperti mana yang dijelaskan tadi ,virus komputer boleh dikategorikan meniku cara jangkitan iaitu:

1.Pantas merebak apabila mula menjangkiti.Sesetengah virus merebak dengan cepat sebelum melakukan kerosakan yang teruk .Misalnya virus CIH mampu merosakkan ribuan unit komputer dalam masa sehari sahaja.Namun kemampuannya merosakkan fail penting hanya melibatkan bilangan yang kecil.

2.Menjangkiti secra perlahan .Terdapat juga virus komputer yang merebak secara perlahan-lahan agar kehadirannya tidak dapat dikesan oleh para pengguna komputer.Walau bagaimanapun , virus jenis ini berpotensi untuk merosakkan lebih banyak fail kerana ia lambat dan sukar pula untuk dikesan.

3.Kemampuan bersembunyi .Virus jenis ini pula akan menjangkiti komputer secara senyap-senyap sebelum mendiami di bahagian baca/tulis (read and write) cakera keras komputer pengguna. Salah satu kelebihannya ialah kemampuan menyamar diri dan mengekalkan saiz fail yang sebelumnya.

4. Polismorfisma.Virus jenis ini boleh berubah kepada bentuk yang lain tetapi mengekalkan saiznya.

Kesan kerosakan

Tahap kerosakkan yang dilakukan oleh virus komputer sebenarnya tidak terhad kerana ada jenis-jenis virus yang mampu melakukan hampir apa sahaja pada komputer pengguna yang meliputi kerosakan pada perisian dan perkakasan .Antara kerosakkan yang sering berlaku pada komputer pengguan ialah:

1. Merosakkan rekod boot utama pada cakera keras .

2.Memadamkan fail-fail yang tersimpan di dalam cakera keras.

3.Merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.

4.Mengubah aturcara perisian lantas memberikan laluan kepada penceroboh.

5.Menukar sistem BIOS yang menyimpan semua maklumat perkakasan komputer

6.Mengganggu bahagian Rom lantas menjejaskan penggunaan monitor, papan kekunci dan tetikus.

Kerosakan yang lebih besar akan dialami sekiranya komputer yang dijangkiti virus berada didalam sesebuah sistem rangkaian .misalnya rangkaian komputer sesebuah organisasi tau syarikat .Melalui sistem rangkaian tersebut virus boleh berpindah daripada sebuah komputer kepada komputer yang lain dengan lebih cepat dan berpotensi untuk melumpuhkan keseluruhan sistem rangkaian komputer berkenaan...

Dasyat sungguh virus inikan..

Cara Mengatasi Virus .

  1. pastikan komputer atau notebook anda mempunyai antivirus.Tidak kiralah berbayar atau tidak berbayar. Antara antivirus tersebut :-
Oleh itu, pastikan antivirus ini sentiasa diupdate sekurang-kurangnya seminggu 2 kali. Dan jangan lupa untuk scan komputer anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari atau setiap hari bergantung kepada tahap penggunaan . Kalau di cc ni setiap pagi mmg kena scan , sebab tak mahu bagi mereka ni bermaharajalela kat komputer.

ok.. selamat mencuba..

ASET SYARIKAT

1. 08 SET KOMPUTER - Digunakan untuk tujuan pelanggan melayari internet

2. 06 SET KOMPUTER - Untuk pelajar kursus komputer

3. 01 SET KOMPUTER - Untuk Kaunter

4. 02 BUAH MESIN FOTOSTAT

5. 2 MEJA KAUNTER

6. 1 MEJA PENGURUS

7. 2 ALMARI RAK

8. 2 ALMARI

9. 1 AIRCOND

10. 1 KIPAS PENYEDUT AIRCOND

11. 2 KIPAS DINDING

12 PAPAN TANDA

13. PAPAN TANDA GET STREAMYX (DITAJA TELEKOM)

14. 16 MEJA KOMPUTER

15. 1 MESIN BINDING

16. 1 MESIN LAMINATING

17. 2 PENCETAK

PENGENALAN SYARIKAT

PENGENALAN SYARIKAT

Syarikat ini 100% milik bumiputera . Berteraskan teknologi maklumat, latihan jualan dan perkhidmatan dalam bidang komputer dan percetakan. Sering memberi laluan utama dalam bidang teknologi komputer dengan memberi tawaran perkhidmatan kursus komputer kepada penduduk Felda Jelai Gemas.

MOTTO SYARIKAT

Marilah Menuju Kejayaan (menjana budaya ilmu teknologi komputer)


VISI


Ke arah merealisasikan generasi bijak ict bagi penduduk Felda Jelai dan juga menawarkan perkhidmatan yang telus dalam bidang komputer.
Untuk merealisasikan budaya teknologi maklumat,penghebahan ilmu dan menjadi pusat kecemerlangan multimedia berteraskan islam. ( insyaAllah)

MISI

ITZ Enterprise akan terus menerokai serta memantau dan memastikan pergerakan syarikat lebih terarah , bermatlamat disamping menitikberatkan tatakerja, bekerjasama,dan mengamalkan sistem pengurusan sistematik dan profesional.

MATLAMAT

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, meminimumkan kerugian/kerosakan dan memaksimumkan keuntungan.

LATAR BELAKANG PEMILIK







NAMA : ZALINA BINTI BUJANG



KELULUSAN AKADEMIK : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI UTM JLN SEMARAK, KL

KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI : LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MARA (LPU) 2002 (23 JUN 2002 - 08 SEPT 2002)

: SEMINAR PEMANTAPAN USAHAWAN ANJURAN FELDA ( 22-24 SEPTEMBER 2004)

: SEMINAR PEMANTAPAN USAHAWAN MELAYU N.S (28 - 29 SEPTEMBER 2005)
: SEMINAR KEUSAHAWANAN PERINGKAT PERINGKAT DAERAH TAMPIN 20 JULAI 2006

: KURSUS WINDOWS DRESSING ANJURAN MARA

: KONVENSYEN PENINGKATAN KEILMUWAN IPS 15 DISEMBER 2007
: KURSUS BINA LAMAN WEB 100% PRAKTIKAL DI INTERNET BUSSINESS MARKETING PUCHONG, SELANGOR 2009

KEMAHIRAN : MICROSOFT OFFICE 2007/INTERNET, MEMBAIKPULIH KOMPUTER

LATAR BELAKANG SYARIKAT



NAMA SYARIKAT :
ITZ ENTERPRISE

NO. PENDAFTARAN : MA0107072-W

ALAMAT :
NO. 2 FELDA JELAI 1, 73480 GEMAS, NS

BENTUK SYARIKAT :
MILIKAN TUNGGAL

TARIKH BERNIAGA :
01 APRIL 2003

NO TEL :
06-4347886

PEKERJA :
2 ORANG

MASA DIBUKA : 8.00 PAGI- 10.00 MALAM