adverlets

Sunday, September 12, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (3)

5 MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN

5.1 LOKASI PROJEK

  • Keterangan kedudukan tapak (pelan menunjukkan lokasi projek)
  • Jenis geran (title/nombor lot/daerah)
  • Luas kawasan / tapak
  • Tuan punya tapak (kalau kepunyaan orang lain , sertakan salinan fotostat, surat perjanjian sewa/persetujuan
  • nama
  • alamat
  • no ic
5.2 BANGUNAN

  • Bentuk /jenis bangunan/bengkel
  • luas lantai
  • struktur
  • anggaran kos / sewa , sertakan surat perjanjian sewa, kalau dibuat baru, sertakan pelan cadangan bangunan)
  • Anggaran ubahsuai (sekiranya perlu pengubahsuaian)
  • Kelulusan pihak berkenaan (jika bengkel)
  • Kemudahan asas
Nyatakan kemudahan asas yang ada (contoh , telefon, elektrik, air, jalanraya dan lain-lain) Jika tiada , huraikan langkah yang akan diambil.

6 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISA PEMASARAN

  • Kawasan Pasaran
Tentukan batas-batas pasaran atau kawasan dagangan

Pemilihan Lokasi

  • Penglibatan
  • Kemudahan
  • Lalulintas
Sasaran Pelanggan

Kaji penduduk kawasan berkenaan bagi menentukan ciri-ciri potensi pelanggan.

Pelanggan-Siapakah pelanggan pasaran

Contoh :
Stesen minyak - orang yang mempunyai kenderaan yang menggunakan jalan raya di situ. Kedai kasut - semua orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di sekitar kawasan perniagaan. Pemborong hasil pertanian-peniaga runcit hasil pertanian, kedai makan dan hotel.

Berapa ramai pelanggannya - meramalkan jumlah pembelian sekitar kawasan perniagaannnya.
Contoh - Bilangan keluarga dan bilangan ahli tiap-tiap keluarga. Stesen minyak - bilangan kereta bagi tiap-tiap keluarga yang berkereta.

Pendapatan Pelanggan dan Jumlah Perbelanjaan

Pendapatan pelanggan dan juga jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli barang yang ditawarkan.

Contoh :-
Stesen minyak -jumlah pendapatan keluarga yang berkereta, berapa banyak minyak yang digunakan bagi tiap-tiap buah kereta dalam sehari, sebulan

Persaingan
faktor-faktor yang dikaji

  • Siapakah pesaing-pesaing tersebut
  • Nyatakan keadaan mereka
  • apakah kelebihan dan kelemahan mereka

Saturday, September 11, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (2)

(1) PENGENALAN

MAKLUMAT ASAS PERNIAGAAN

  • Nama syarikat
  • Lokasi bangunan
  • Jenis perniagaan
  • Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan
  • Jenis dan keadaan industri/perkembangan dan potensi di masa hadapan

(2) TUJUAN

APAKAH TUJUAN SEBENAR KERTAS KERJA DISEDIAKAN

  • Cadangan untuk mendapatkan sumber-sumber kewangan
  • Mendapatkan lesen , tanah , bantuan mesin dan lain-lain
  • Membesar/memodenkan projek yang sedia ada.
  • Panduan bagi perancangan projek
(3) LATAR BELAKANG SYARIKAT

  • Mengenal pasti secara jelas perniagaan yang dijalankan.
  • Dapat menentukan kredibiliti dan keupayaan perniagaan.
Maklumat-maklumat penting

  • nama perniagaan
  • alamat perniagaan
  • alamat surat menyurat (jika berlainan)
  • nombor telefon
  • bentuk perniagaan
  • kegiatan utama
  • tarikh mula/hendak memulakan perniagaan.
  • tarikh pendaftaran
  • nombor pendaftaran/lesen
  • modal dibenarkan/terkumpul
  • nama bank/nombor akaun

4 LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI/PEMEGANG SAHAM

  • Membolehkan pihak berkenaan menilai usahawan, rakan kongsi dan pemilik saham dari segi kebolehan mengurus perniagaan dan kredibiliti mereka
5 MAKLUMAT-MAKLUMAT TENTANG PEMILIK, AHLI KONGSI/PEMEGANG SAHAM

  • Nama penuh
  • nombor kad pengenalan
  • alamat tetap/surat menyurat
  • nombor telefon
  • tarikh / tempat lahir
  • umur
  • jantina
  • taraf perkahwinan
  • kelayakan akademik

6 RINGKASAN LATAR BELAKANG PENGALAMAN/ KEMAHIRAN

  • Kursus yang pernah dihadiri
  • kemahiran
  • pengalaman
  • pekerjaan sekarang
  • perniagaan lain yang pernah diceburi
  • bilangan saham/sumbangan modal