5
MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN5.1 LOKASI PROJEK- Keterangan kedudukan tapak (pelan menunjukkan lokasi projek)
- Jenis geran (title/nombor lot/daerah)
- Luas kawasan / tapak
- Tuan punya tapak (kalau kepunyaan orang lain , sertakan salinan fotostat, surat perjanjian sewa/persetujuan
- nama
- alamat
- no ic
5.2 BANGUNAN- Bentuk /jenis bangunan/bengkel
- luas lantai
- struktur
- anggaran kos / sewa , sertakan surat perjanjian sewa, kalau dibuat baru, sertakan pelan cadangan bangunan)
- Anggaran ubahsuai (sekiranya perlu pengubahsuaian)
- Kelulusan pihak berkenaan (jika bengkel)
- Kemudahan asas
Nyatakan kemudahan asas yang ada (contoh , telefon, elektrik, air, jalanraya dan lain-lain) Jika tiada , huraikan langkah yang akan diambil.
6 RANCANGAN PEMASARAN6.1 ANALISA PEMASARANTentukan batas-batas pasaran atau kawasan dagangan
Pemilihan Lokasi
- Penglibatan
- Kemudahan
- Lalulintas
Sasaran Pelanggan
Kaji penduduk kawasan berkenaan bagi menentukan ciri-ciri potensi pelanggan.
Pelanggan-Siapakah pelanggan pasaran
Contoh :
Stesen minyak - orang yang mempunyai kenderaan yang menggunakan jalan raya di situ. Kedai kasut - semua orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di sekitar kawasan perniagaan. Pemborong hasil pertanian-peniaga runcit hasil pertanian, kedai makan dan hotel.
Berapa ramai pelanggannya - meramalkan jumlah pembelian sekitar kawasan perniagaannnya.
Contoh - Bilangan keluarga dan bilangan ahli tiap-tiap keluarga. Stesen minyak - bilangan kereta bagi tiap-tiap keluarga yang berkereta.
Pendapatan Pelanggan dan Jumlah Perbelanjaan
Pendapatan pelanggan dan juga jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli barang yang ditawarkan.
Contoh :-
Stesen minyak -jumlah pendapatan keluarga yang berkereta, berapa banyak minyak yang digunakan bagi tiap-tiap buah kereta dalam sehari, sebulan
Persainganfaktor-faktor yang dikaji
- Siapakah pesaing-pesaing tersebut
- Nyatakan keadaan mereka
- apakah kelebihan dan kelemahan mereka