adverlets

Saturday, August 28, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (1)

Baru-baru ini saya telah didatangi oleh seorang pelanggan yang meminta saya mengubahsuakertas kerjanya semula kerana dikatakan tidak lengkap dan bahagian kewangan yang tidak difahami oleh pegawai yang memeriksa kertas kerja beliau. memang benar, setelah saya teliti kertas kerja beliau mempunyai beberapa kesilapan antaranya :-
1. bahagian kewangan yang tidak lengkap dan tidak diketahui berapa pinjaman yang ingin dibuat.
2. terdapat banyak kesalahan ejaan.
3. Penerangan yang kurang jelas.
Anda seharusnya memilih konsultan yang benar-benar mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menyiapkan kertas kerja anda. Atau untuk kepuasan sendiri anda boleh membuat kertas kerja sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan orang lain.

Anda juga seharusnya berhati-hati, ada antara konsultan ini sebenarnya hanya mengupah orang lain , dan memungut duit yang banyak dari anda. Mereka akan katakan 'shure bank luluskan', tapi kena bayar sikit upah. cthnye 5% dari pinjaman.
ok..di sini saya ingin berkongsi tentang fomat kertas kerja.

APAKAH BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM FORMAT KERTAS KERJA?

  • surat (cover letter)
  • muka surat tajuk
  • muka surat isi kandungan
  • badan utama
  • muka senarai lampiran
  • rujukan/lampiran
MENGAPA KERTAS KERJA DIPERLUKAN?

  • memaksa usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal
  • menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan sendiri.
  • mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dijalankan berdaya maju atau tidak
  • menyakini pihak -pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
BAGAIMANA KERTAS KERJA DINILAIKAN?

  • Mempastikan bentuk dan ciri-ciri syarikat dan industri yang terlibat.
  • mempastikan bentuk tawaran yang disyorkan.
  • mengkaji kunci kira-kira/penyata kewangan.
  • menentukan kebolehan kakitangan yang memegang teraju syarikat.
PANDUAN PENYEDIAN KERTAS KERJA

  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN
  3. LATAR BELAKANG SYARIKAT
  4. LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI
  5. MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN
  6. RANCANGAN PEMASARAN
  7. RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI
  8. RANCANGAN ORGANISASI
  9. RANCANGAN KEWANGAN DAN AKAUN
  10. JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
  11. RUMUSAN
  12. LAMPIRAN/DOKUMEN SOKONGAN.
ok..setakat ini sahaja..saya akan cuba huraikan sedikit demi sedikit tentang tajuk di atas..semoga ilmu yang sedikit ini akan memberi manfaat kepada anda dan saya. amin


Monday, May 17, 2010

PINJAMAN FELDA (SIUF)

FELDA menyediakan pinjaman perniagaan bagi peneroka/penerokawati dan anak -anak .
Pinjaman yang diberikan ini dinamakan pinjaman SIUF. maksimum pinjaman SIUF adalah sebanyak rm10,000 sahaja. Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan atau yang telah pun berniaga boleh memohon pinjaman ini. Perniagaan yang berkelayakan untuk mendapatkan pinjaman ini adalah berbentuk perkhidmatan, pertanian, perladangan, runcit dan pertanian.Pihak FELDA telah menyediakan format kertas kerja yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang sukar untuk menghasilkan kertas kerja pinjaman anda boleh mengupah individu atau syarikat yang boleh menyediakan kertas kerja perniagaan. ITZ enterprise juga mengambil upah untuk menyediakan kertas kerja ini. Semenjak tahun 2004 , dianggarkan 30 orang individu yang telah berjaya lulus pinjaman FELDA siuf dengan menggunakan perkhidmatan upah membuat kertas kerja ini oleh pengurus sendiri iaitu saya.

Maklumat yang dikehendaki adalah :-

1. jenis perniagaan
2. ic fotostat
3. gambar premis /perniagaan
4. akaun syarikat (jika ada)

Syarat untuk mendapatkan pinjaman SIUF ini adalah longgar sedikit..tetapi peminjam haruslah memberikan keyakinan kepada pihak FELDA mengapa FELDA perlu meluluskan pinjaman dengan memberikan bukti -bukti kukuh.

Apa yang istimewanya pinjaman SIUF ini adalah pihak FELDA telah pun menetapkan peminjam hanya perlu membayar RM6000 sahaja dan selebihnya tidak perlu. dengan syarat peminjam perlu membayar dengan konsisten , tidak tertunggak dan juga memastikan perniagaan berkembang maju. Baiknya FELDA kan..Tahniah kepada warga FELDA..

Oleh itu, kepada mereka yang telah pun berniaga atau merancang untuk memulakan perniagaan boleh cuba memohon pinjaman ini.

Saturday, May 15, 2010

sajak

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..

Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…

Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu…

Allah sentiasa berada di sampingmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…

sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…

Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…

Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…

Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…

Sunday, May 9, 2010

toshiba satellite l310

dah agak lama sebenarnya tak update blog ni..maklumla busy memanjang..tapi jeles plak tengok blog kengkawan yang sentiasa update.. so pada hari ini aku menerima sebuah laptop jenis toshiba satelllite l310 untuk di format..hmm..masalah baru datang..banyak kali aku masukkan cd asyik screen biru yang keluar..setelah difikir-fikirkan takkanlah semua cd bermasalah..aku pun cubalah contact otai repair (tok guru)...fuh ..mmg tak sia-sia..rupanya di bahagian bios kena buat pertukaran sedikit..
iaitu di bahagian advance - sata controller mode ditukarkan kepada compatibility..
lepas dah save tukar ...barula berjalan dengan lancar...
dah siap sume , driver plak perlu dicari..sume driver senang di cari kecuali driver vga sahaja bermasalah..so tak semestinya kena cari pada model yang sama , tetapi model yang seakan sama pon boleh digunakan..

untuk mendapatkan driver bagi model toshiba ini , boleh melawat laman web
http://www.csd.toshiba.com/cgi-bin/tais/support/jsp/home.jsp

Saturday, March 6, 2010

NO FOLDER OPTION masalah virus dan cara mengatasi 3 (xp)




Untuk kembalikan folder options adalah setelah anda menjalankan scan dengan hijackthis, seperti tutorial sebelum ini. Pastikan disable regedit dapat diklik di hijack this setelah itu barulah boleh menjalankan langkah-langkah di bawah:-


  1. start
  2. run
  3. type - regedit
  4. klik hkey current user
  5. software
  6. microsoft
  7. windows
  8. current version
  9. policies
  10. explorer
  11. in the folder option clik modify tukarkan no 1 ke no 0
  12. restart