adverlets

Tuesday, February 23, 2010

masalah virus & cara mengatasi 1 (xp)

Sebagai sebuah perniagaan yang menjalankan cyber cafe. Masalah virus pasti akan berlaku. Aku ingin berkongsi serba sedikit mengikut pengalaman yang aku alami selama ini.
Punca -punca virus adalah seperti berikut :-

  1. Pendrive/memory card tidak di scan dengan antivirus terlebih dahulu. Tak kiralah pelanggan atau pekerja itz sendiri yang nak cepat , maka hanya dicucuk sahaja ke usb.
  2. Mendowload sebarang atau surf laman web @ penyambungan melalui internet.
  3. membiarkan antivirus tidak diupdate atau scan terlebih dahulu pada pagi-pagi hari.(tugasan kepada pekerja shif pagi)
  4. Antivirus dah tamat tempoh.

Apa itu virus ?
Mengikut kajian aku di internet :-

  • Virus komputer merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan fail-fail komputer yang dijangkitinya.Bertukar dan membiak dengan sendiri adalah satu "kemahirannya"yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah ,virus komputer memiliki keupayaan parasit, di mana ia boleh bercantum dengan sektor boot atau fail di dalam komputer anda lalu bertindak untuk merosakkan serta menghancurkan sistem fail tersebut .
  • Berbeza dengan virus biologi,virus komputer boleh dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti C, C++ selain bahasa himpunan (assembly language).Pereka virus akan membiana set-set aturcara tertentu dan akan memastikan ia berfungsi untuk merosakkan kandungan fail-fail perisian secara meluas atau berdikit-dikit.Satu lagi alternatif ialah penggunaan perisian yang berupaya menghasilkan virus secara automatik berdasarkan ciri-ciri tetentu misalnya dengan menggunakan Enjin Virus SMEG (Virus Engine).Virus yang tersenarai di sini pernahn mencipta nama di persada antarabangsa pada suatu ketika .
  • Antaranya ialah: Michelangelo ,Stoned ,Junkie, Stealth Boot, Die Hard,Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter,YankeeDoodle,Anthrax, Peacekeeper, Diablo, CIH, WinExplore, Melissa, NetBus, Happy99

JENIS VIRUS

Virus Komputer boleh dikategorikan mengikut cara jangkitan dan cara ia merosakkan sistem fail sesebuah komputer.Oleh kerana virus komputer mejangkiti komputer dengan pelbagai cara ,maka virus komputer telah dibahagikan mengikut jenis dan cara ia mejangkiti komputer seperti mana senarai berikut:

1. Virus Sektor Boot - Mengjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama dan rekod boot DOS di dalam cakera keras .Kesannya : komputer tidak boleh melakukan proses boot .Contoh : Form dan Stoned

2. Virus Fail TSR (Terminated Stay Resident) - Mendiami memori dan mejangkiti fail .COM dan .EXE apabila ia dicpai .Contoh :Dark Avenger dan Green Caterpillar.

3. Virus Fail Bukan TSR - Menjangkiti fail .COM,.EXE dan tidak mendiami memori .Contoh : Vienna .

4. Virus Multipartit - Menjangkiti pelbagai objek ,fail .EXE ,rekod boot utama ,menjadi TSR ,dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain .Contoh : Tequile dan Anticad.

5. Virus Pelbagai Jangkit - Menjangkiti fail .OBJ (fail untuk mencipta aturcara) dan seterusnya menukarkan fail tersebut kepada bentuk yang lain seperti .DBR .Contoh : Starship dan DIR II.

6. Virus Pasangan - menjangkiti fail .COM dan menghasilkan sebuah fail .EXE yang sama namanya.

7. Virus Penukar - Menukarkan sebahagian fail yang dijangkiti dengan virus hingga menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi.

8. Virus Makro - Menjangkiti fail temlate iaitu .dot yang sering digunakan untuk mencipta fail dokumen tau hamparan elektronik .Apabila fail template itu dijangkiti ,ia akan menjangkiti fail dokumen dan hamparan eletronik yang lain

.9. Virus Menurut Acara - Merebak pada masa dan tarikh-tarikh tertentu .Virus jenis ini biasanya tidak dapat dikesan pada tarikh-tarikh yang lain kerana ianya tidak aktif pada tarikh tersebut.

Jangkitan Virus

Seperti mana yang dijelaskan tadi ,virus komputer boleh dikategorikan meniku cara jangkitan iaitu:

1.Pantas merebak apabila mula menjangkiti.Sesetengah virus merebak dengan cepat sebelum melakukan kerosakan yang teruk .Misalnya virus CIH mampu merosakkan ribuan unit komputer dalam masa sehari sahaja.Namun kemampuannya merosakkan fail penting hanya melibatkan bilangan yang kecil.

2.Menjangkiti secra perlahan .Terdapat juga virus komputer yang merebak secara perlahan-lahan agar kehadirannya tidak dapat dikesan oleh para pengguna komputer.Walau bagaimanapun , virus jenis ini berpotensi untuk merosakkan lebih banyak fail kerana ia lambat dan sukar pula untuk dikesan.

3.Kemampuan bersembunyi .Virus jenis ini pula akan menjangkiti komputer secara senyap-senyap sebelum mendiami di bahagian baca/tulis (read and write) cakera keras komputer pengguna. Salah satu kelebihannya ialah kemampuan menyamar diri dan mengekalkan saiz fail yang sebelumnya.

4. Polismorfisma.Virus jenis ini boleh berubah kepada bentuk yang lain tetapi mengekalkan saiznya.

Kesan kerosakan

Tahap kerosakkan yang dilakukan oleh virus komputer sebenarnya tidak terhad kerana ada jenis-jenis virus yang mampu melakukan hampir apa sahaja pada komputer pengguna yang meliputi kerosakan pada perisian dan perkakasan .Antara kerosakkan yang sering berlaku pada komputer pengguan ialah:

1. Merosakkan rekod boot utama pada cakera keras .

2.Memadamkan fail-fail yang tersimpan di dalam cakera keras.

3.Merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.

4.Mengubah aturcara perisian lantas memberikan laluan kepada penceroboh.

5.Menukar sistem BIOS yang menyimpan semua maklumat perkakasan komputer

6.Mengganggu bahagian Rom lantas menjejaskan penggunaan monitor, papan kekunci dan tetikus.

Kerosakan yang lebih besar akan dialami sekiranya komputer yang dijangkiti virus berada didalam sesebuah sistem rangkaian .misalnya rangkaian komputer sesebuah organisasi tau syarikat .Melalui sistem rangkaian tersebut virus boleh berpindah daripada sebuah komputer kepada komputer yang lain dengan lebih cepat dan berpotensi untuk melumpuhkan keseluruhan sistem rangkaian komputer berkenaan...

Dasyat sungguh virus inikan..

Cara Mengatasi Virus .

  1. pastikan komputer atau notebook anda mempunyai antivirus.Tidak kiralah berbayar atau tidak berbayar. Antara antivirus tersebut :-
Oleh itu, pastikan antivirus ini sentiasa diupdate sekurang-kurangnya seminggu 2 kali. Dan jangan lupa untuk scan komputer anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari atau setiap hari bergantung kepada tahap penggunaan . Kalau di cc ni setiap pagi mmg kena scan , sebab tak mahu bagi mereka ni bermaharajalela kat komputer.

ok.. selamat mencuba..

3 comments:

  1. bagus atikel ni.network worm juga sgt bahaya
    protocolunique.com

    ReplyDelete
  2. Dear ITZ Jelai,selamat ke guna anti virus ni??
    How secure this???

    ReplyDelete