adverlets

Saturday, August 28, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (1)

Baru-baru ini saya telah didatangi oleh seorang pelanggan yang meminta saya mengubahsuakertas kerjanya semula kerana dikatakan tidak lengkap dan bahagian kewangan yang tidak difahami oleh pegawai yang memeriksa kertas kerja beliau. memang benar, setelah saya teliti kertas kerja beliau mempunyai beberapa kesilapan antaranya :-
1. bahagian kewangan yang tidak lengkap dan tidak diketahui berapa pinjaman yang ingin dibuat.
2. terdapat banyak kesalahan ejaan.
3. Penerangan yang kurang jelas.
Anda seharusnya memilih konsultan yang benar-benar mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menyiapkan kertas kerja anda. Atau untuk kepuasan sendiri anda boleh membuat kertas kerja sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan orang lain.

Anda juga seharusnya berhati-hati, ada antara konsultan ini sebenarnya hanya mengupah orang lain , dan memungut duit yang banyak dari anda. Mereka akan katakan 'shure bank luluskan', tapi kena bayar sikit upah. cthnye 5% dari pinjaman.
ok..di sini saya ingin berkongsi tentang fomat kertas kerja.

APAKAH BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM FORMAT KERTAS KERJA?

  • surat (cover letter)
  • muka surat tajuk
  • muka surat isi kandungan
  • badan utama
  • muka senarai lampiran
  • rujukan/lampiran
MENGAPA KERTAS KERJA DIPERLUKAN?

  • memaksa usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal
  • menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan sendiri.
  • mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dijalankan berdaya maju atau tidak
  • menyakini pihak -pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
BAGAIMANA KERTAS KERJA DINILAIKAN?

  • Mempastikan bentuk dan ciri-ciri syarikat dan industri yang terlibat.
  • mempastikan bentuk tawaran yang disyorkan.
  • mengkaji kunci kira-kira/penyata kewangan.
  • menentukan kebolehan kakitangan yang memegang teraju syarikat.
PANDUAN PENYEDIAN KERTAS KERJA

  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN
  3. LATAR BELAKANG SYARIKAT
  4. LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI
  5. MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN
  6. RANCANGAN PEMASARAN
  7. RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI
  8. RANCANGAN ORGANISASI
  9. RANCANGAN KEWANGAN DAN AKAUN
  10. JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
  11. RUMUSAN
  12. LAMPIRAN/DOKUMEN SOKONGAN.
ok..setakat ini sahaja..saya akan cuba huraikan sedikit demi sedikit tentang tajuk di atas..semoga ilmu yang sedikit ini akan memberi manfaat kepada anda dan saya. amin


2 comments:

  1. trime kasih bebyk .....semoga tuhan permudahkan jalan anda sebb anda pun dah permudahkan pencarian saya heheh~ :)

    ReplyDelete
  2. Boleh email saya zrosly0301@gmail.com

    ReplyDelete