adverlets

Sunday, September 12, 2010

FORMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN (3)

5 MAKLUMAT TEKNIKAL TAPAK DAN BANGUNAN

5.1 LOKASI PROJEK

  • Keterangan kedudukan tapak (pelan menunjukkan lokasi projek)
  • Jenis geran (title/nombor lot/daerah)
  • Luas kawasan / tapak
  • Tuan punya tapak (kalau kepunyaan orang lain , sertakan salinan fotostat, surat perjanjian sewa/persetujuan
  • nama
  • alamat
  • no ic
5.2 BANGUNAN

  • Bentuk /jenis bangunan/bengkel
  • luas lantai
  • struktur
  • anggaran kos / sewa , sertakan surat perjanjian sewa, kalau dibuat baru, sertakan pelan cadangan bangunan)
  • Anggaran ubahsuai (sekiranya perlu pengubahsuaian)
  • Kelulusan pihak berkenaan (jika bengkel)
  • Kemudahan asas
Nyatakan kemudahan asas yang ada (contoh , telefon, elektrik, air, jalanraya dan lain-lain) Jika tiada , huraikan langkah yang akan diambil.

6 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISA PEMASARAN

  • Kawasan Pasaran
Tentukan batas-batas pasaran atau kawasan dagangan

Pemilihan Lokasi

  • Penglibatan
  • Kemudahan
  • Lalulintas
Sasaran Pelanggan

Kaji penduduk kawasan berkenaan bagi menentukan ciri-ciri potensi pelanggan.

Pelanggan-Siapakah pelanggan pasaran

Contoh :
Stesen minyak - orang yang mempunyai kenderaan yang menggunakan jalan raya di situ. Kedai kasut - semua orang lelaki, wanita dan kanak-kanak di sekitar kawasan perniagaan. Pemborong hasil pertanian-peniaga runcit hasil pertanian, kedai makan dan hotel.

Berapa ramai pelanggannya - meramalkan jumlah pembelian sekitar kawasan perniagaannnya.
Contoh - Bilangan keluarga dan bilangan ahli tiap-tiap keluarga. Stesen minyak - bilangan kereta bagi tiap-tiap keluarga yang berkereta.

Pendapatan Pelanggan dan Jumlah Perbelanjaan

Pendapatan pelanggan dan juga jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli barang yang ditawarkan.

Contoh :-
Stesen minyak -jumlah pendapatan keluarga yang berkereta, berapa banyak minyak yang digunakan bagi tiap-tiap buah kereta dalam sehari, sebulan

Persaingan
faktor-faktor yang dikaji

  • Siapakah pesaing-pesaing tersebut
  • Nyatakan keadaan mereka
  • apakah kelebihan dan kelemahan mereka

No comments:

Post a Comment